
Perangai manusia sekarang memang pelik-pelik, ada je tindakan aneh-aneh yang segelintir golongan ini lakukan kepada mangsa. Kadang-kadang ianya boleh berlaku dalam jua keadaan dan tak terjangkau dek akal pun.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, ada seorang lelaki membuat satu perbuatan ‘gila’ terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai pakaian, video yang telah meraih sebanyak 462K jumlah tontonan dari TikTok @majoritiofficial ini telah mendatangkan pelbagai reaksi netizen.
Cium kaki wanita
Dalam video berdurasi 21 saat itu, rakaman dari CCTV menunjukkan kejadian berlaku di sebuah kedai pakaian, jika diperhatikan, ia seperti kedai untuk pakaian kanak-kanak.
Lelaki tersebut dilihat seperti meminta pekerja wanita untuk ambil sesuatu di tempat yang tinggi, pekerja wanita tersebut dilihat panjat bangku untuk mencapai barang tersebut.
Jadi, ketika wanita tesebut sedang mencuba untuk mengambilnya menggunakan batang kayu pencangkuk, lelaki tersebut secara tiba-tiba membuat aksi ghairah dengan mencium kaki wanita tersebut sebelum dihalau.
@majoritiofficial Dapat Kat Min, Min Pukul2 Dia Guna Batang Kayu Tu. GERAM Ramai Sangat Orang Gila Sekarang #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia
Pastinya ia mengundang kemarahan netizen, bagaimanapun ada yang menyindir dan ada juga yang membuat andaian bahawa lelaki tersebut mungkin mengamalkan ilmu hitam.





Dalam pada itu, ramai juga yang bimbang dan takut apabila melihat kejadian tersebut. Nasiblah ada CCTV, kalau tak memang susah.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![Lelaki Kantoi Rakam Orang Melabur Dalam Tandas, Sekali ‘Check’ Telefon Banyak Video Tak Senonoh [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
