Salah waktu solat di luar negara wajib qada

2 Sep 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Salah waktu solat di luar negara wajib qada

PETALING JAYA – Hukum solat bagi individu yang tersalah waktu solat ketika berada di negara asing, adalah bergantung kepada jenis kesilapan waktu tersebut.

Menerusi perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff, beliau memberi contoh sekiranya seseorang itu berada di negara Korea, tetapi menunaikan solat mengikut waktu Malaysia.

“Jika solat dilakukan setelah waktu solat masuk di negara tersebut, solat sah.

“Jika solat dilakukan sebelum masuk waktunya, semua solat fardu tidak sah dan wajib qada serta tidak berdosa.

“Jika solat dilakukan selepas waktunya tamat kerana tersalah kira, tidak berdosa dan wajib qada semua solat yang tersalah waktu itu,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata demikian memberi maklum balas terhadap hantaran Thread pelakon Janna Nick mengatakan dia tersalah waktu solat sewaktu berada di negara asing.

Mohd. Izhar berkata, sekiranya kesalahan berlaku selama tiga hari sebagaimana yang dinyatakan, maka seseorang itu perlu menyemak semua waktu solat yang telah dilaksanakan sama ada waktu telah masuk, belum masuk atau telah habis waktu.

“Ini kerana setiap keadaan ada hukumnya seperti yang dinyatakan di atas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Salah waktu solat di luar negara wajib qada appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved