Individu Wajib Qada Semula Solat Jika Salah Waktu Di Luar Negara

2 Sep 2026 • 4:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Individu Wajib Qada Semula Solat Jika Salah Waktu Di Luar Negara

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui solat merupakan ibadah wajib yang dilakukan oleh setiap umat Islam walau di mana jua kita berada termasuklah ketika sedang bermusafir.

Namun setiap tempat atau lokasi berbeza pastinya mempunyai waktu solat yang berlainan dan perlu sentiasa diperiksa.

Janna Nick dedah tersilap waktu solat dan soal adakah perlu diganti?

Sebelum ini akteres, Janna Nick telah berkongsi mengenai dirinya tersilap mengikut waktu solat selama tiga hari kerana menyangkakan aplikasi yang digunakan akan secara automatik tukar ikut lokasi keberadaannya.

Janna kemudian bertanya adakah dia perlu menggantikan (qada) semula solat-solat berkenaan.

“Titik terendah bila kau solat tiga hari straight dekat negara baru travel, ikut waktu yang salah sebab lupa tukar lokasi dekat Muslim Pro. Ingatkan, dia auto tukar lokasi. Nak kena qada ke semua,” ujarnya.

View on Threads

Hukum bergantung kepada jenis kesilapan waktu

Susulan itu Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff menerusi Facebook telah menerangkan mengenai keadaan tersebut.

Ujarnya jika seseorang berada di sebuah negara, selama tiga hari dia solat tersalah waktu solat. Contoh, dia berada di negara Korea Selatan tapi solat ikut waktu Malaysia, maka hukum bergantung kepada jenis kesilapan waktu seperti berikut:

  • Jika solat dilakukan setelah waktu solat masuk di negara tersebut: Solat sah.
  • Jika solat dilakukan sebelum masuk waktunya: Semua solat fardu tidak sah dan wajib qada serta tidak berdosa.
  • Jika solat dilakukan selepas waktunya tamat kerana tersalah kira: tidak berdosa tetapi wajib untuk qada atau menggantikan semua solat yang tersalah waktu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلَاةً أَوْ نَامَ عَنْهَا فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا

“Sesiapa yang terlupa suatu atau tertidur daripadanya, maka kaffarahnya ialah dia menunaikannya apabila dia mengingatinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perlu semak waktu solat yang dilaksanakan pada waktu telah masuk

Kata Izhar Ariff lagi, sekiranya kesalahan berlaku selama tiga hari sebagaimana yang telah dinyatakan, maka seseorang itu perlu lah membuat semakan waktu solat yang dilaksanakan sama ada waktu telah masuk, belum masuk atau telah habis waktu. Ini kerana setiap keadaan ada hukumnya seperti yang dinyatakan di atas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved