Salam takziah! Abang PM Anwar meninggal dunia -”Terkilan tak sempat berada di sisi”

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 6:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Salam takziah! Abang PM Anwar meninggal dunia -”Terkilan tak sempat berada di sisi”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima khabar duka mengenai pemergian abang beliau, Idrus Ibrahim, ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Khabar duka diterima dalam perjalanan pulang

Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyatakan berita tersebut ternyata meruntun jiwa apabila yang meluahkan rasa kehilangan selepas seorang insan yang berkongsi pelbagai kenangan sepanjang perjalanan hidupnya pergi buat selama-lamanya.

Anwar turut menyatakan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham pada saat-saat akhirnya, namun menerima pemergian tersebut dengan reda.

“Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.
Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.
Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.
Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,”  tulisnya.

Ketika ini, Anwar dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menjalani lawatan kerja ke China.

Beliau telah berangkat ke Shanghai pada 22 September 2026 diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved