"Salam tunangku...,"Eyka Farhana kini tunangan Akhyar, tiga bulan simpan berita gembira dari peminat

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 7:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON kecil molek, Eyka Farhana berkongsi berita gembira apabila bergelar tunangan kepada pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid.

Pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi memuat naik hantaran menerusi media sosial miliknya bagi berkongsi khabar tersebut kepada peminat mereka.

"Salam tunangku...," tulis Eyka di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Istikharah Cinta turut memuat naik gambar pertunangan yang memperlihatkan dua sejoli itu mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.

image is not available

Bagaimanapun, majlis pertunangan itu dipercayai telah lama berlangsung iaitu pada 4 Ogos yang lalu berdasarkan tarikh pada kek dalam gambar yang dikongsikan Eyka baru-baru ini.

image is not available

Difahamkan majlis tunang itu turut diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Untuk rekod, Eyka menjalinkan hubungan cinta bersama Muhammad Akhyar Abdul Rashid sejak enam tahun yang lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan pasangan sejoli ini dipermudah.

Rakan-rakan Akhyar turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Jitra, Kedah itu.

Antaranya rakan sepasukan Akhyar di Terengganu FC iaitu Safawi Rasid yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

"Tahniah Aky. Semoga dipermudahkan," tulis Safawi.

"Alhamdullilah, tahniah bosku," tulis pemain Kuching City FC, Hazwan Bakri.