Dalam Diam, Rupa-Rupanya Eyka Farhana Dah Bertunang Dengan Akhyar Rashid - “Salam Tunangku”

4 Nov 2024 • 5:01 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Eyka Farhana mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan pemain pinjaman Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.

Pelakon filem Polis Evo 3 itu berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya pada Isnin.

“Bismillahirrohmanirrohim, salam tunangku” tulis Ekya ringkas di ruangan kapsyen.

Namun menerusi perkongsian itu, Eyka dan Akhyar sebenarnya telah selamat melangsungkan pertunangan tiga bulan lepas iaitu pada 4 Ogos 2024.

Hantaran yang dibuat oleh Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga peminat.

image is not available

image is not availableimage is not available
Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved