Salman Khan ada anak lelaki?

Entertainment
10 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Salman Khan ada anak lelaki?

NAMA hero sensasi Bollywood, Salman Khan sekali lagi menjadi perhatian apabila kemunculan seorang jejaka muda mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa aktor berkenaan mempunyai seorang anak lelaki.

Namun, dakwaan tersebut tidak berasas dan tercetus selepas foto serta video Sufyan Nadiadwala, anak kepada penerbit terkenal Bollywood, Sajid Nadiadwala tular dalam media sosial.

Sufyan baru-baru ini mencuri perhatian ramai ketika hadir ke tayangan khas filem Prem Keetanu.

Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah wajah Sufyan yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Salman ketika aktor berkenaan berada di kemuncak populariti pada era 1990-an.

Malah, beberapa pengguna media sosial menyifatkan Sufyan sebagai versi muda Salman, terutama struktur wajah, gaya rambut dan bentuk tubuh.

Laporan media India turut menjelaskan bahawa Sufyan bukan anak Salman Khan, meskipun persamaannya dengan pelakon itu menyebabkan segelintir pengguna media sosial bergurau dan menggelarnya sebagai ‘anak Salman’.

Pelakon berusia 60 tahun itu sering menjadi perhatian kerana sehingga kini belum berkahwin dan kehidupan romantiknya menjadi bahan perbualan peminat.

Pada 2023, Salman sendiri pernah mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai perancangan untuk menjadi seorang bapa.

Dalam temu bual menerusi program Aap Ki Adalat, Salman mengakui menyukai kanak-kanak dan pernah memikirkan soal memiliki cahaya mata, namun keadaan undang-undang di India ketika itu menjadi antara perkara yang menghalang hasrat berkenaan.

The post Salman Khan ada anak lelaki? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved