Radio TV Malaysia (RTM) mengumumkan bahawa semua saluran miliknya iaitu TV1-HD, TV2-HD dan Okey tidak lagi akan ditayangkan menerusi platform satelit dan OTT Astro bermula 1 Julai 2026. Ini sekaligus menamatkan penyiaran saluran-saluran RTM di Astro sejak 1996.

Penarikan saluran RTM daripada Astro dilakukan kerana kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan harga yang memenuhi keperluan dan kemampuan kewangan masing‑masing.
Kos sewaan saluran telah meningkat, menyebabkan beban kewangan kepada RTM. Maka langkah diambil RTM untuk mengelakkan beban kos yang sukar dikawal.
Impak jangka pendek ialah pengguna yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan Astro untuk menikmati saluran RTM kerana tidak memiliki kotak DTTV berasingan. Tetapi realitinya siaran menerusi linear telah jatuh mendadak disebabkan populariti perkhidmatan penstriman serta platform media sosial yang turut menawarkan kandungan video.





