Sam Altman Mendakwa Meta Pancing Kakitangan OpenAI Dengan Bayaran $100 Juta

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Musim panas telah bermula dan tingkap perpindahan bola sepak telah dibuka dengan ramai pemain terkemuka telah berpindah ke kelab baharu. Yuran perpindahan mencecah ratusan juga sudah menjadi kelaziman. Yang jarang didengari ialah pekerja teknologi dipancing dengan bayaran yang juga mencecah ratusan juta.

image is not available
Sam Altman

Pengasasan OpenAI, Sam Altman hari ini mengatakan Meta telah cuba memancing kakitangan syarikat kecerdasan buatan (AI) beliau dengan bayaran $100 juta jika setuju berpindah. Tambah Altman lagi, setakat ini kakitangan terbaik beliau tidak ada yang mengambil tawaran Meta. Kenyataan ini dikeluarkan beliau dalam podsiar Uncapped with Jack Altman.

Meta ingin mempertingkatkan kemampuan AI mereka supaya menjadi syarikat pertama menghasilkan kecerdasan am buatan (AGI). Mereka dengan pantas mengubah haluan daripada pembangunan dunia metamesta ke AI dengan baru-baru melabur lebih $14 bilion untuk mengambil 49% pegangan Scale AI. Pengasas Scale AI berpindah ke Meta dan mengetuai pasukan Superintelligence yang membangunkan AGI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved