‘Sama je harga, jangan jahat sangat jari tu komen’

13 Sep 2026 • 9:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Sama je harga, jangan jahat sangat jari tu komen’

BERANGKALI sudah penat berdepan komen tidak berasas, usahawan dan selebriti Neelofa akhirnya bersuara selepas perkongsian mengenai ‘nasi berlauk bungkus’ jualan ibunya, Datin Noor Kartini, dalam TikTok yang mengundang banyak sindiran.

Dalam video berkenaan, Neelofa berkongsi ulasan makanan tersebut sebelum ada netizen mempertikaikan harga, malah menyamakannya dengan harga nasi ayam ibunya yang dahulunya didakwa mahal.

Tidak berdiam diri, Neelofa menjelaskan harga jualan itu sebenarnya sama seperti hidangan nasi berlauk Kelantan di Kuala Lumpur.

Sama saja harga dengan nasi-nasi berlauk Kelantan yang dijual di KL. Jadi, jangan jahat sangat jari itu hendak komen kalau tak tengok video betul-betul. Kamu semua jenis manusia komen tetapi tak tengok kandungan. Kan sudah letak berapa harga dalam video itu!” tegasnya.

Diva faham kenapa Neelofa naik angin. Kadangkala netizen terlalu laju menaip sampai lupa nak baca atau tonton kandungan sepenuhnya. Baru nampak satu perkara, terus jatuh hukum.

Kalau harga sudah jelas terpampang, tak perlulah sibuk cari lubang menyindir. Tidak semua perkara memerlukan komen, apatah lagi jika maklumat lengkap sudah diberikan di depan mata.

DIVA: Bangga tengok Mansur dan Liu, karya epik Kesultanan Melayu yang mega skalanya!

The post ‘Sama je harga, jangan jahat sangat jari tu komen’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved