Sama2 pegang status ibu tunggal, Puteri Sarah titip pesan buat Bella Astillah

Entertainment
18 Jun 2024 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Puteri Sarah titip pesan buat Bella Astillah agar aktres itu terus kuat menghadapi kehidupan selepas memegang status ibu tunggal.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Puteri Sarah telah memuat naik beberapa foto memaparkan aktres itu menyambut Hari Raya AidilAdha bersama Bella Astillah.

Puteri Sarah titip pesan buat Bella

image is not available

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menujukan pesanan itu buat dirinya, yang juga senasib dengan Bella selepas diceraikan bekas suami.

“Sama-sama kita nikmati perjalanannya,” kata Puteri Sarah dengan ringkas di ruangan kapsyennya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen kata-kata semangat buat kedua-dua wanita kuat tersebut.

Hati dua2 wanita ni kuat

image is not available

image is not available

Dua2 cantik dan berjaya

image is not available

Ni wanita2 hebat

image is not available

Dua wanita kuat

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, warganet turut memuji kecantikan dan kekuatan kedua-dua wanita tersebut disamping turut memuji anak-anak mereka.

Comelnya anak2!

image is not available

Dua2 cantik, anak2 pun comel

image is not available

Anak2 lelaki ni yang akan jaga ibu mereka

image is not available

Selain itu, ada juga netizen yang mempersoal mengapa ada lelaki yang sanggup meninggalkan wanita-wanita seperti Puteri Sarah dan Bella.

Kenapa yang cantik selalu dicurangi?

image is not available

Cantik macam ni pun suami curang

image is not available

Bila tengok gambar ni, terfikir, lelaki nak apa?

image is not available

Baru-baru ini, Bella yang juga merupakan penyanyi sah bercerai talak satu dengan suaminya Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Sebelum bercerai, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang berusia tujuh tahun dan Ara Adreanna yang berusia empat tahun.

Sama2 ibu tunggal, Puteri Sarah titip pesan buat Bella Astillah

image is not available

Sementara itu, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Sebelum bercerai, Syamsul telah mengumumkan dia sudah pun bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023.

Kemelut antara Puteri Sarah dan Syamsul akhirnya berakhir dengan lafaz cerai talak satu daripada aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana