Samaiden jalin kerjasama dengan TBM percepatkan penggunaan sistem solar PV, rumusan tenaga pintar di Malaysia  

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 5:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Samaiden jalin kerjasama dengan TBM percepatkan penggunaan sistem solar PV, rumusan tenaga pintar di Malaysia

image is not available

28/04/2025 - 17:39

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 28 APRIL – Samaiden Group Berhad mengumumkan kerjasama dengan Tan Boon Ming Sdn. Bhd. (TBM), mempercepatkan penggunaan sistem solar fotovoltaik (PV) dan rumusan tenaga pintar di Malaysia.

Kerjasama tersebut bertujuan menyediakan rumusan tenaga boleh diperbaharui (RE) yang cekap dan mampan, dengan fokus awal kepada pemilik rumah yang ingin mengurangkan kos elektrik dan jejak karbon, selain meluaskan rumusan itu kepada segmen komersial dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, mereka teruja bekerjasama dengan TBM dalam membawa rumusan tenaga bersih, berpatutan, dan pintar terus ke rumah, dan perniagaan.

"Kerjasama ini akan mempercepatkan penggunaan tenaga solar di Malaysia dan memberi akses kepada lebih banyak pelanggan untuk menikmati rumusan tenaga bersih," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan sokongan rangkaian runcit dan platform dalam talian TBM, Samaiden akan menawarkan rumusan tenaga yang lebih efisien kepada pelanggan di seluruh negara.

Kerjasama tersebut menyokong penerimaan rumah kediaman yang lebih luas, ia juga memberi pluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka segmen komersial dan PKS, terutamanya dalam kalangan pelanggan dan rangkaian perniagaan TBM.

Kerjasama itu juga akan merangkumi pembangunan bersama program untuk membantu pengguna mengurangkan penggunaan tenaga dan jejak karbon, sambil mempromosikan kesedaran dan penerimaan rumusan teknologi hijau yang lebih meluas.

Perjanjian selama dua tahun itu juga membuka satu pencapaian penting bagi Samaiden apabila ia mengembangkan jejak tenaga boleh diperbaharui di luar projek besar dan komersial-industri.

Kerjasama itu berfungsi sebagai platform untuk meneroka inisiatif masa depan, termasuk perkhidmatan tenaga bersih baharu, usaha sama, dan inovasi tenaga berasaskan teknologi.- DagangNews.com

standard