Saman Elon Musk Ke Atas OpenAI dan Sam Altman Ditolak Juri

TechnologyBusiness & Finance
19 May 2026 • 6:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saman Elon Musk Ke Atas OpenAI dan Sam Altman Ditolak Juri

Saman Elon Musk ke atas OpenAI dan Sam Atman telah ditolak oleh juri California kerana Musk memfailkan saman terlalu lewat sehingga melepasi statut had masa. Juri turut memutuskan bahawa OpenAI tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan Musk bahawa syarikat itu menyimpang daripada misi asal “untuk menggunakan kecerdasan buatan untuk manfaat manusia”.

Elon Musk

Elon Musk memfailkan saman ke atas Sam Altman dan Gregory Brockman yang merupakan pengasas OpenAI pada tahun 2024. Musk mendakwa kedua-dua defendan melanggar matlamat asal OpenAI ditubuhkan iaitu menjadi syarikat kecerdasan am buatan (AGI) yang tidak mencari keuntungan dan adalah untuk kebaikan manusia.

Penyimpangan daripada idea asal ini tidak dibantu dengan OpenAI dilihat kini membantu Microsoft mengaut keuntungan bersama demi syarikat dan bukannya untuk kebaikan manusia sejagat. Model ChatGPT digunakan oleh Microsoft pada produk Copilot mereka dengan langganan bulanan.

Musk meminta ganti rugi sehingga $150 billion daripada OpenAI tetapi juri mengatakan sepatutnya sama difailkan dalam tempoh tiga tahun selepas beliau meninggalkan syarikat pada tahun 2018 kerana gagal melakukan pengambilalihan. Dengan kes ini telah ditolak juri, OpenAI kini bebas untuk memfailkan IPO mereka yang dijangka memberikan syarikat nilai pasaran sehingga $1 trilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved