Elon Musk Berkata Beliau Ditipu Sam Altman Untuk Menubuhkan OpenAI

PoliticsTechnology
30 Apr 2026 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kes saman Elon Musk ke atas Sam Altman bermula minggu ini dengan individu paling kaya di dunia mendakwa beliau telah ditipu oleh Sam Altman serta presiden Open Greg Brockman untuk melakukan pelaburan bagi menubuhkan syarikat. Musk berkata menerusi manipulasi, Altman menipu apabila mengatakan OpenAI ditubuhkan untuk keuntungan semua manusia dan bukannya untuk kekayaan peribadi.

image is not available

Di peringkat awal penubuhan OpenAI, Musk melaburkan $38 juta ke dalam syarikat yang kini mempunyai nilai dianggarkan sekitar $800 bilion. Saman difailkan oleh Musk pada tahun 2024 kerana Altman didakwa melanggar tujuan asal penubuhan syarikat yang ditandatangani Altman, Brockman, Musk, Reid Hoffman, Jessica Livingston, dan Peter Thiel semasa OpenAI ditubuhkan pada tahun 2015.

Di peringkat awal penubuhan, Musk ialah pelabur terbesar ke dalam OpenAI. Beliau walau bagaimanapun meletak jawatan daripada lembaga pengarah pada tahun 2018 kerana pertelagahan dengan Altman.

Peguam OpenAI ketika menyoal balas Musk pula mendakwa Musk mempunyai perancangan sama menjadi OpenAI syarikat yang mencari keuntungan dan hanya bertelagah dengan Altman selepas dihalang menjadi CEO serta diberikan lebih banyak saham bagi menentukan undian.

Sekiranya memenangi keas, Musk mahu mahkamah memecat Altman dan Brockman daripada pucuk pimpinan OpenAI serta membatalkan penukaran statusnya kepada entiti berasaskan keuntungan. Beliau juga telah menuntut ganti rugi lebih daripada $180 bilion, yang akan dibayar kepada syarikat induk OpenAI daripada pendapatan anak syarikat yang menjana keuntungan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved