“Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma..”- Peniaga Dipuji Niaga Sambil Berdakwah

LocalFood
10 Mar 2025 • 7:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang peniaga apam balik menawarkan juadah percuma kepada pelanggan yang berjaya sambung ayat al-Quran dengan betul.

Menerusi perkongsian peniaga tersebut di akaun TikTok @kuhotputrajaya, dia memuat naik beberapa rakaman video memaparkan gelagat pelanggannya ketika menyambung bacaan ayat al-Quran yang dibacanya sewaktu hadir ke gerai apam balik.

@kuhotputrajaya

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setelah 4 hari berpuasa, baru kami dapat pencabar pertama yg berani menyahut cabaran kami. Tahniah teruskan mencintai Al-quran. Jom support kami di Bazar Ramadan Putrajaya presint 3. #sambungayatalquranpercumaapambalik #apambalikkuhot #bazarramadanputrajaya2025 #kuhotcyberjaya #kuhotputrajaya #kateringapambalik

♬ original sound – KuhotPutrajaya – KuhotPutrajaya

 

Dia menggunakan pendekatan unik ini sebagai satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghafal dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran selain bersedekah di bulan Ramadan.

Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma

image is not available

image is not available

Selain pelanggan yang berjaya menyambung bacaan ayat Al-Quran, apam balik secara percuma juga disediakan kepada golongan wanita yang sedang mengandung

“Untuk ibu mengandung boleh datang ambil apam balik percuma ya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, usaha murni yang dilakukan peniaga itu turut mendapat pujian orang ramai dan mereka sempat menitipkan doa agar perniagaan apam balik tersebut terus berkembang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, peniaga terbabit sememangnya biasa membuat cabaran sedemikian kepada pelangganya khusus di bazar Ramadan dekat Putrajaya.

Sumber: TikTok kuhotputrajaya