Apabila tiba bulan Ramadan, sudah semestinya bazar Ramadan menjadi tumpuan ramai. Walaupun pelbagai menu juadah sudah dimasak, namun, kepelbagaian makanan dan minuman di bazar tetap menjadi tarikan.
Saban tahun juga, pelbagai isu tular mengenai peniaga dan juga makanan yang terdapat di bazar. Selain nama-nama menu yang pelik dan luar biasa, layanan peniaga terhadap pelanggan juga antara menjadi perhatian ramai.
Tular di TikTok, seorang peniaga apam balik meraih perhatian ramai apabila meminta pelanggan atau pembeli menyambung ayat bacaan Al-Quran. Sekiranya ada yang dapat menyambung ayat-ayat Al-Quran dengan baik, apam balik akan diberikan secara percuma.
Menerusi beberapa hantaran video di TikTok Kuhot Putrajaya itu, beberapa pembeli telah mencuba nasib untuk menyambung ayat Al-Quran yang dibacakan.
Alhamdulillah tahniah Adik-adik yang berani!! Ramadan ke-6 kami terima 2 orang yang berani menyahut cabaran sambungayatalquranpercumaapambalik. meh temui kami di bazar Ramadan presint 3. p/s. untuk ibu mengandung boleh datang ambil apam balik percuma ye✌️ #sambungayatalquranpercumaapambalik #bazarramadanputrajaya2025 #kuhotcyberjaya #perbadananputrajaya #kuhotputrajaya #tempahankateringraya
Selain daripada itu, peniaga berkenaan juga meraih pujian apabila memberikan apam balik secara percuma kepada ibu-ibu mengandung.
“Alhamdulillah tahniah adik-adik yang berani!! Ramadan ke-6 kami terima dua orang yang berani menyahut cabaran #sambungayatalquranpercumaapambalik. Meh temui kami di bazar Ramadan presint 3.
“Buat ibu mengandung, datang je beratur depan kedai, kami bagi percuma,” katanya.
Usaha yang dibuat itu telah meraih pujian dan juga ramai yang mendoakan agar perniagaan peniaga ini terus maju dan berjalan lancar.
The post ‘Sambung ayat Al-Quran percuma apam balik’ – Peniaga raih pujian berniaga sambil berdakwah appeared first on .




