Sambut Anak Ketujuh, Ibu Ini Seru Wanita Jepun Lahirkan Anak Demi Masa Depan Negara

WorldFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sambut Anak Ketujuh, Ibu Ini Seru Wanita Jepun Lahirkan Anak Demi Masa Depan Negara

Baru-baru ini, Jepun mendedahkan bahawa jumlah bayi yang dilahirkan dalam kalangan warganya pada 2025 merosot ke paras paling terendah iaitu 671,236 dan kadar kesuburan negara itu turut jatuh ke paras terendah baharu

Dalam kerisauan itu, penulis dan bekas ahli politik, Kotoe Hashimoto, mencuri perhatian ramai selepas mengumumkan dia kelahiran anaknya yang ketujuh pada 29 Ogos lalu.

Menerusi satu hantaran di X, Kotoe telah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya, termasuk petugas kesihatan yang menjaganya.

"Saya telah melahirkan anak saya yang ketujuh1 Terima kasih kepada semua atas sokongan dan dorongan anda.

"Saya ucapkan terima kasih juga kepada doktor, bidan dan jururawat atas usaha mereka," katanya menerusi hantaranya pada 29 Ogos.

Dalam perkongsian susulan, Kotoe turut menyeru wanita di Jepun untuk mempunyai anak dan mengaitkannya dengan masa depan negara.

Baca juga:

"Saya percaya ini masa untuk wanita Jepun mempunyai anak. Kemajuan dan kemerosotan negara kita bergantung pada peranan aktif kaum wanita.

"Kepada semua wanita Jepun! Saya menaruh percayaan kepada anda semua yang akan meneruskan perjuangan ini," ujarnya.

Kotoe Hashimoto Seru Wanita Jepun Lahirkan Anak

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya mengucapkan tahniah kepada Kotoe disamping turut bersetuju dengan kenyataannya.

Terdahulu, media melaporkan jumlah kelahiran menurun 2.2 peratus atau 14,937 berbanding tahun sebelumnya, manakala kadar kesuburan susut 0.01 mata kepada 1.14.

Menurut nippon.com, antara punca jumlah kelahiran dan kadar kesuburan masyarakat Jepun merosot adalah faktor budaya, di mana warganya memilih untuk tidak mempunyai anak sebelum berkahwin.

Selain itu, trend berkahwin pada usia lewat atau memilih untuk tidak berkahwin juga menjadi cabaran utama dalam usaha negara itu meningkatkan kadar kelahiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved