Sambut Tahun Baru Bersama, Lisa BP Keluar ‘Dating’ Dengan Frédéric Arnault Di Disneyland Paris

Entertainment
2 Jan 2024 • 2:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sepertinya Lisa BLACKPINK sudah mengesahkan mengenai hubungannya bersama dengan CEO kaya.

Terbaru pada 1 Januari, seorang netizen Cina telah berkongsi satu video yang didakwa adalah Lisa BLACKPINK, bersama Frédéric Arnault.

Khususnya dalam video yang dikongsi, mereka berdua dilihat sedang meluangkan waktu bersama di Disneyland Paris, ditemani dengan 2 pengawal peribadi.

Tulis peminat,

Saya bertemu Lisa di Disneyland Paris. Lisa dan tuan muda ke-3 LVMH (Frédéric Arnault) berjalan bersama-sama. Dia memakai jaket putih dan terdapat 2 pengawal peribadi mengekori mereka berdua.

Bagaimanapun, tiada video jelas yang menentukan sama ada memang benar bahawa ahli BLACKPINK itu sedang bersama Frédéric Arnault, kerana wajah mereka tidak kelihatan.

Apa-apa pun, semoga mereka terus berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.