Sambutan Hari Guru: KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru

LocalPolitics
16 May 2026 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sambutan Hari Guru: KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru
IPOH, 5 Mei -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Bangunan Baharu Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Meru Raya hari ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 12 inisiatif bagi memperkasakan dan memperkukuh tugas guru bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi menyokong pembangunan profesional para pendidik dalam literasi digital, kursus pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap Satu dan Tahap Dua diteruskan secara percuma kepada semua guru.

Beliau berkata, ikhtiar itu membawa manfaat kepada semua guru yang melibatkan kos bagi setiap seorang guru sebanyak RM40 bagi GCE Tahap Satu dan RM100 bagi GCE Tahap Dua

"Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan khas, iaitu disediakan kepada guru-guru yang telah sanggup berkorban untuk mengajar di sekolah rintangan di bawah prohas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung, sekolah pedalaman di kawasan P1, P2, dan P3.

"Mereka akan terpilih untuk program Sarjana dan juga PhD (doktor falsafah) bagi memastikan bahawa apa yang kita hasratkan, khususnya bagi memastikan mereka dapat terus berkhidmat dan pastinya pengajian mereka ini akan membantu untuk meningkatkan akses pendidikan dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan berkenaan yang bertemakan Guru Bitara Nadi Negara, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Sabtu. - Bernama

 

 

AKAN MENYUSUL