Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025

6 Dec 2025 • 4:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hari ini merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya.

Penganjuran acara ini turut selari dengan sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day, IVD) yang jatuh pada 5 Disember setiap tahun. Di peringkat antarabangsa, tema sambutan tahun ini ialah Every Contribution Matters atau dalam Bahasa Melayu ‘Setiap Sumbangan Penting’.

Sambutan HKBM peringkat kebangsaan tahun ini menampilkan tema ‘Belia ASEAN, Komuniti Berdaya’, membawa mesej keberanian dan keupayaan golongan belia untuk terus menyumbang dan memberi impak positif bukan sahaja di peringkat tempatan, malah merentasi sempadan ASEAN.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan lebih 5,000 peserta menyertai HKBM di peringkat Kebangsaan dan Negeri, sekali gus mencerminkan sambutan yang menggalakkan serta tahap kesedaran yang tinggi terhadap semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.

image is not available
Kredit: KBS
image is not available
Kredit: KBS

Antara program-program sukarelawanan utama KBS pada tahun ini termasuk:

i. MyCorps Borneo 2025 – Melibatkan 20 sukarelawan dari Sabah dan Sarawak telah memberi manfaat kepada 1,000

penerima melalui pelaksanaan program komuniti, pendidikan dan pembangunan sosial.

ii. ASEAN Youth Volunteer (AYV) – Memperkukuh solidariti belia serantau melalui penyertaan 700 sukarelawan secara fizikal serta menerima 4,000 tontonan secara dalam talian daripada 11 negara anggota ASEAN.

iii. Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) – Melaksanakan 110 projek di seluruh negara melibatkan 9,390 sukarelawan dalam latihan kesukarelawanan, pengurusan projek, kerja komuniti dan pengurusan bencana.

image is not available
Kredit: KBS

iv. Furr Ever Friends – Disertai oleh 180 sukarelawan dengan tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai kebajikan haiwan serta pengamalan gaya hidup lestari dalam kalangan komuniti.

v. Projek Dengar Rakan Muda – Dilancarkan pada 25 Oktober 2025 bagi menyediakan ruang sokongan emosi secara
percuma kepada belia.

Program anjuran bersama UEM Sunrise, HELP University dan The Befrienders Kuala Lumpur ini diadakan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan di Publika Shopping Gallery.

Secara keseluruhan, penyertaan sukarelawan belia di bawah pelbagai inisiatif KBS sepanjang tahun 2025 telah mencecah lebih 10,420 orang.

Peningkatan ini mencerminkan perkembangan positif dalam usaha memperkukuh budaya kesukarelawanan serta penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti.

image is not available
Kredit: KBS

Sambutan HKBM 2025 turut menampilkan Pertandingan Video Pendek, Fotografi dan Esei, dengan pemenang diumumkan pada majlis penutup.

Pertandingan ini menjadi medium ekspresi kreatif belia selaras dengan tema ‘Belia ASEAN, Komuniti Berdaya’.

Untuk maklumat lanjut mengenai HKBM, sila hubungi En. Mohammed Shahnaz bin Mawardi di talian 019-3119947 atau e-mel shahnaz@kbs.gov.my

The post Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025 appeared first on Siakap Keli.