Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan

24 Sep 2023 • 10:00 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing dipercayai melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita tempatan dalam kejadian pada awal 2017.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Izuddin Ab Wahab berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.

“Polis mengesahkan menerima satu laporan pada Ogos tahun ini mengenai kejadian seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an diserang secara seksual oleh suspek.

“Kejadian dilaporkan berlaku di dalam kenderaan mangsa di sekitar Puchong, Selangor. Mangsa ketika itu baru mengenali suspek ketika upacara keagamaan,“ katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata mangsa baru melaporkan kejadian itu bulan lepas disebabkan faktor trauma.

“Buat masa ini polis selesai merakam percakapan mangsa dan sedang mengesan saksi-saksi lain untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved