Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa

LocalPolitics
30 Mar 2026 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Satu klip tular di internet menunjukkan seorang penunggang motosikal maut serta-merta selepas dirempuh pemandu Honda City dari arah hadapan menyebabkan mangsa terpelanting dan tercampak atas bumbung sebuah Myvi. Selepas siasatan, rupa-rupanya pemandu Honda City mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah.

Kejadian yang dirakam papan pemuka itu berlaku di Jalan Raya Barat, Klang semalam mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya menuntut keadilan buat si mati.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki tempatan berusia 20-an itu dipandu laju dan berbahaya.

image is not availableimage is not available

"Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil saringan  air kencing mendapati suspek positif alkohol dan dadah,” katanya.