“Sampai hati abang tipu” -Didi Astillah dedah perbualan ‘last plan’ Aliff Aziz & NRF

Entertainment
4 May 2024 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah dedah perbualan ‘last plan’ Aliff Aziz dan Ruhainies selepas video podcast aktor tersebut menjadi perhatian ramai.

Ni jalan terakhir nak jatuhkan Bella ke?

Dalam muat naik yang dibuat Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, dia bertanyakan kepada Aliff adakah podcast berkenaan merupakan perancangan terakhir mereka untuk menjatuhkan kakaknya, Bella.

“So ini lah ‘last plan’ dengan si Ruhainies tu ya? PODCAST (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong selepas pakai cyber-trooper tak jalan),” tulisnya.

image is not available

Didi Astillah dedah perbualan, akui ralat dengan kenyataan Aliff

Dalam pada itu, Didi turut menyampaikan beberapa pesanan kepada abang iparnya dengan berasa begitu ralat dengan tindakan Aliff yang menipu tentang keadaan rumah tangga dia dan Bella demi kebaikan diri sendiri serta NRF.

“Sampai nya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R.
Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yg baru je abang kenal?” soal Didi.

Didi Astillah dedah perbualan, mereka masih bahagia hujung tahun lalu

Dia juga sempt menyindir tentang ‘princess treatment’ yang diberikan Aliff beberapa bulan sebelum berlakon bersama Ruhainies berbanding ‘prince treatment’ yang diberikan Bella kepada suaminya sepanjang 10 tahun.

image is not available

Anak2 sedih tak bersama mama papa, tapi tak diendah Aliff

Paling membuatkan Didi sedih adalah mesej yang dihantar Bella kepada suaminya memberitahu tentang luahan anak-anak yang sedih apabila tidak bersama orang tuanya ketika keluar makan.

image is not available

Semua baik2 sahaja, berbeza dengan apa yang Aliff cakap

Dalam perkongsian tersebut, pramugari berkenaan memberitahu hubungan perkahwinan kakak sulungnya dengan Aliff baik-baik sahaja sekitar November dan Disember tahun lalu, berbeza dengan apa yang diperkatakan aktor berkenaan di dalam podcast The CommanFolk SG tempoh hari.

image is not available

Sedih tengok effort Bella gembirakan suami tapi ini balasannya

Didi turut berkongsi video mempertahankan kakaknya dengan memuat naik momen sewaktu Bella membungkus hadiah untuk diberikan kepada suami sempena hari lahir.

Usaha yang dibuat selebriti itu mengundang sebak netizen lebih-lebih lagi melihat anak-anak mereka menyerahkan hadiah tersebut kepada bapanya.

Namun, ternyata hadiah berkenaan langsung tidak digunakan Aliff sehingga sekarang,

Terdahulu, Aliff Aziz telah muncul dalam satu podcast mengulas kontroversi melibatkannya yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dia memberitahu mahu segera menyelesaikan permasalahan tersebut termasuklah berjanji tiada lagi drama atau permainan untuk melewatkan proses penceraian bersama isterinya.

Sumber: Instagram Didi Astillah