“Mula berubah lepas kenal NRF”- Didi Astillah Tunjuk Bukti Temu Bual Podcast Aliff Aziz Sebab Nak Beri Gambaran Buruk Pada Bella

Entertainment
4 May 2024 • 10:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz muncul dan bersuara tentang isu dan masalah yang melibatkan dirinya dan isteri, Bella Astillah beserta beberapa orang wanita lain dalam sebuah temu bual podcast.

Dalam temu bual podcast tersebut, Aliff Aziz ada mendedahkan bahawa hubungannya dengan isteri, Bella telah lama retak dan dia selalu berkongsi masalah tentang perhubungannya itu dengan pelakon, Ruhainies.

Namun, Didi Astillah iaitu adik Bella dan merangkap juga adik ipar Aliff Aziz tampil membela kakaknya dengan mendedahkan bukti bahawa temu bual podcast Aliff Aziz itu adalah untuk memberi gambaran buruk terhadap Bella.

Didi Astillah mendedahkan kesemua bukti-bukti tersebut menerusi Instagramnya tidak lama selepas temu bual podcast Aliff Aziz itu tular.

image is not available

image is not available

Dalam pendedahan di Instagram itu, Didi Astillah mengatakan podcast tersebut merupakan jalan terakhir abang iparnya itu untuk menjatuhkan Kak Long (Bella).

Dakwaan Aliff bahawa rumah tangganya dengan Bella memang sudah retak sebelum ini juga adalah tidak benar menurut Didi kerana Didi turut berkongsi gambar-gambar Bella dan Aliff berserta anak-anak mereka bersama ketika mereka bercuti pada bulan Januari lalu.

image is not available

Pada Disember tahun lalu juga, dapat dilihat menerusi foto-foto tersebut bahawa hubungan mereka masih lagi baik.

Adakah ini yang dikatakan rumah tangga berantakan (anda boleh periksa tarikh). Rumah tangga mereka elok sahaja,” tulis Didi di Instagram.

Didi turut memuat naik perbualan antara Bella dan Aliff di mana Bella meminta Aliff datang berjumpa dengan anak-anak mereka.

image is not available

Pendedahan dari Didi Astillah ini sekali gus telah menafikan pendedahan yang dibuat Aliff Aziz ketika dalam temu bual podcast tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.