“Sampai Hati Abang Tipu” – Didi Astillah Dedah Podcast ‘Plan’ Aliff Dan Ruhainies Yang Terakhir?

Entertainment
4 May 2024 • 7:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff aziz

Setelah lama mendiamkan diri, selebriti kontroversi Aliff Aziz akhirnya tampil memberi kenyataan dalam satu sesi podcast bersama The Commonfolks SG.

Dalam sesi itu, Aliff mendakwa hubungannya dengan Bella retak sejak November 2023. Aliff juga mendakwa berusaha menyelamatkan rumah tangga selepas Bella kantoi berskandal dengan Muaz Zabir.

Terbaru, adik ipar Aliff iaitu Didie Astillah mendedahkan perbualan mesej disyaki di antara Aliff dan Nur Ruhainies Farehah (NRF).

Dalam mesej itu, mereka berbincang mengenai ‘plan’ terakhir iaitu berhadapan dengan orang ramai jika rancangan mereka sebelum ini tidak menjadi.

image is not available

image is not available

image is not available

Didie juga mempersoalkan kenyataan Aliff mengenai rumah tangga yang dikatakan berantakan (rocky). Adik kepada Bella ini mendedahkan bukti gambar di mana pasangan itu kerap meluangkan masa bersama-sama.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, Aliff didakwa berubah sejak menjalani penggambaran bersama Ruhainies. Didi juga menyertakan screenshot mesej yang dihantar Bella kepada Aliff memujuk untuk pulang bertemu anak-anak.

image is not available

Kata Didi lagi, kakaknya sempat memberi kejutan kek dan hadiah kasut kepada Aliff sempena hari jadi pada 16 Februari lalu. Tetapi sehingga ke hari ini kasut itu tidak dipakai.

Wanita kelahiran Sabah ini mahu orang ramai menilai inikah maksud rumahtangga goyah seperti yang diperkatakan Aliff di dalam podcast semalam.

Kredit: Instagram Didi Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.