Penyanyi Nubhan mengakui menjaga ibu bapa yang uzur dan berdepan masalah kesihatan bukanlah tugas mudah, sebaliknya memerlukan kesabaran serta kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, situasi itu bukan bermaksud seseorang tidak ikhlas menjaga orang tua, namun setiap individu mempunyai batas kemampuan.
AdvertisementView this post on Instagram
“Betul orang cakap, bukan mudah nak jaga orang tua yang sakit. Ada masa kita kuat, ada ketika penat dan cuma mampu menangis saja.
“Bukan sebab tak ikhlas atau tak sayang tapi kita juga manusia, ada batas tenaga serta emosi,” katanya dalam sebuah video.
Berkongsi lanjut, penyanyi lagu Kekasih Untukku itu berkata ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny, kini semakin sensitif akibat keadaan kesihatannya, sekali gus memberi cabaran kepada ahli keluarga dan pembantu rumah yang menjaganya.
“Kasihan pembantu rumah yang jaga mak. Bila tak sihat, mak agak emosi dan meragam sikit.”
“Sampai menangis pembantu rumah yang jaga mak, kami adik-beradik pun hadap benda yang sama juga.”
View this post on Instagram
“Tabik dekat kalian yang tengah jaga orang tua sakit. Memang mencabar mental dan fizikal, semoga kita semua kuat serta tabah,” jelasnya.
Dalam masa sama, Nubhan turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur.
“Untuk semua yang jaga mak ayah, yang tak cukup tidur, penat fizikal dan mental, kadang-kadang hampir hilang sabar, sabarlah.
“Semoga Allah kuatkan hati kita. Mungkin orang tak nampak pengorbanan itu.
“Tapi Allah nampak setiap satunya. Hari ini mungkin terasa berat tapi mudah-mudahan setiap lelah itu menjadi jalan kita menuju syurga,” ujarnya.
Terdahulu, Nubhan memaklumkan keadaan kesihatan Mak Jenny kurang baik selepas terjatuh sehingga mengalami patah tulang pinggul dan kaki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dah Tak Boleh Jalan Langsung" - Puteri Balqis Kongsi Keadaan Terkini Ibu, Diserang Cyst Kali Kedua
The post “Sampai Menangis Bibik Jaga Emak” – Nubhan Kongsi Cabaran Jaga Mak Jenny Yang Semakin Uzur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





