“Sampai meragut nyawa” – Syarikat Di US Terpaksa Tarik Balik Tortilla Paling Pedas Di Dunia

18 Sep 2023 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gimik pemasaran sebuah syarikat pengeluar kerepek tortilla ‘Paqui’ baru-baru ini dikatakan menjadi punca kepada satu kes kematian seorang remaja gara-gara ‘menyahut’ cabaran yang dikeluarkan sempena pemasaran kerepek tortilla paling pedas di dunia tersebut.

Syarikat berkenaan telah serta-merta menarik produk kerepek pedasnya dari pasaran dan menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka dan menawarkan pulangan wang kepada sesiapa yang sudah membeli kerepek itu.

Terdahulu, produk ‘One Chip Challenge’ tersebut didakwa telah menyebabkan kematian seorang remaja dari Massachussets, Amerika Syarikat.

image is not available

Sementara keputusan bedah siasat bagi pelajar gred 10, Harris Wolobah itu masih ditunggu, keluarganya mendawa produk dan trend tular “One Chip Challenge” menjadi punca kepada kematian anak mereka pada 1 September lalu.

Difahamkan, produk berkenaan meminta pelanggan untuk memakan sekeping kerepek tersebut dan ketahanan terhadap tahap kepedasan produk itu tanpa meminum air atau mengambil makanan lain akan dijadikan ‘kayu pengukur’.

Kepingan tunggal kerepek tortilla yang dibungkus secara khusus itu membuatkan ramai individu ingin menyahut cabaran berkenaan.

image is not available

Walaupun syarikat pengeluar mendakwa ada menyatakan syarat iaitu cabaran tersebut adalah khusus untuk dewasa dan tidak boleh dicuba untuk mereka yang tidak tahan pedas atau ada masalah kesihatan, terlalu ramai remaja dan kanak-kanak melibatkan diri sehinggakan syarikat membuat keputusan untuk menarik balik produk berkenaan.

Menurut laporan, ada video yang menunjukkan pemakan kerepek itu terbatuk, tersedak dan ada juga yang merayu untuk diberikan air dengan segera.

Sejak kematian Wolobah, Paqui terlah meminta peruncit untuk berhenti menjual produk berkenaan, sementara pakar kesihatan mengeluarkan amaran tentang bahaya produk makanan yang terlalu pedas.

Insiden itu telah menarik perhatian umum tentang trend popular dalam talian masa kini dan ianya bukanlah yang pertama kerana ia sering menjadi cara atau teknik pemasaran sesuatu produk yang pedas dan seabgainya.

Sumber : Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.