Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, golongan ibu bapa atau penjaga memang kerap membawa anak kecil mereka ke taman permainan. Namun begitu, ada segelintir individu yang membawa haiwan peliharaan ke taman tersebut meskipun sudah tahu ia hanya dikhaskan buat kanak-kanak sahaja.
Ini kerana bukan semua permainan atau fasiliti sesuai untuk kegunaan haiwan.
Wanita Terkejut Lihat Anjing Muntah Selepas Diayunkan Dalam Buaian Di Taman Permainan
Baru-baru ini, tular satu video di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Safwa menunjukkan seorang individu sedang mengangkat seekor anjing dipercayai miliknya daripada buaian di taman permainan.
Menerusi video tersebut, kelihatan seekor lagi anak anjing berwarna putih sedang duduk di dalam buaian berayun di sebelahnya.
Lebih mengejutkan Safwa apabila anjing berkenaan dilihat muntah di tempat kejadian dipercayai kerana berasa pening diayunkan oleh tuannya di dalam buaian.
Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah taman perumahan sekitar USJ 1, Petaling Jaya.
Anjing Kelihatan Lemah Selepas Diletakkan Dalam Buaian
Sejurus selepas itu, wanita berkenaan bertindak mengangkat dan mengeluarkan anjing putih tersebut daripada buaian.
Kelihatan juga anjing berkenaan seperti tidak bermaya dan lemah selepas muntah di kawasan buaian.
View on Threads
Wanita Bimbang Muntah Anjing Tak Dibersihkan Di Tempat Kanak-kanak Bermain
Jelas Safwa, dia berasa risau melihat muntah anjing di sana memandangkan taman permainan itu merupakan lokasi kanak-kanak beriadah.
“Kita ni tak kisah sangat kalau dia nak jalan-jalan dengan anjing dia. Malas nak jadikan isu perkauman. Tapi common sense la, letak anjing dekat tempat bayi main buaian.
“Lepas tu anjing muntah, ya Allah. Kau (pemilik anjing) basuh tak? Sedih tau anak kadangkala (waktu) petang suka pergi taman tu main,” kata Safwa.
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-taman-permainan-1024x655.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Sertu Kawasan Yang Telah Dilalui Oleh Anjing Walaupun Tiada Najis?
Baca Artikel Berkaitan: “Itu Taman Permainan Kanak-Kanak, Bukan Haiwan” – Ramai Bengang Lihat Wanita Bawa Anjing Main Gelongsor
Wanita Dakwa Pemilik Selalu Lepaskan Anak Anjing Hingga Masuk Rumah Jiran
Seorang individu yang mengakui jiran kepada wanita itu mendakwa pemilik haiwan tersebut kerap melepaskan anak anjingnya di kawasan luar rumah hingga menyebabkan ia masuk ke dalam rumah-rumah jiran yang lain.
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anak-anjing-dilepaskan-1024x609.jpg)
Ramai Bimbang Lihat Keadaan Anjing Yang Muntah Semasa Duduk Dalam Buaian
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang anjing yang diletakkan di buaian taman permainan.
“Hidup berbilang bangsa, kena hormat-menghormati satu sama lain. Patut kena ada common sense. Itu taman permainan kanak-kanak bukan untuk haiwan. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri,” tegur seorang lelaki.
Ramai juga meluahkan rasa bimbang melihat keadaan anjing yang lemah selepas muntah di buaian.
“Penderaan haiwan kan ni? Sampai muntah anjing dia,” soal seorang pengguna Threads.
“Ada ke pergi tarik anjing tu dekat leher macam tu? Cuba kalau tarik dia macam tu, best tak? Anjing tu pun nampak macam tak selesa duduk dalam (buaian), kejung je dalam bekas baby (tempat duduk buaian bayi). Kepala tersekat dekat atas, sebab kaki (terkeluar) dekat lubang bawah. Entah-entah tercekik sebab tu sampai muntah,” dakwa seorang wanita.
Penduduk Dakwa Taman Permainan Di USJ 1 Kotor
Sementara itu, seorang penduduk di kawasan sana turut mendakwa taman permainan itu kotor dan tidak sesuai untuk ibu bapa membawa anak kecil.
“Saya pun duduk USJ 1, memang dah tak nak bawa anak pergi taman ni. Dah la kotor sampah merata-rata. Dengan anjing berak, kencing merata. Tak masuk lagi orang melepak dekat kerusi tu lama-lama sambil hisap rokok.
“Selamba je. Dah nampak kan hujung minggu orang bawa anak kecil pergi taman? Tak ada common sense langsung,” dakwanya.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-785x1024.jpg)
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-2-713x1024.jpg)
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-3-800x1024.jpg)
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-4-812x1024.jpg)
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-5-803x1024.jpg)
![Image from: “Sampai Muntah Anjing Tu” – Wanita Letak Anjing Peliharaan Dalam Buaian Di Taman Permainan Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/anjing-muntah-selepas-main-buaian-di-taman-permainan-6-712x1024.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Sunway Square Mall Kemas Kini Polisi, Tak Benarkan Haiwan Peliharaan Dalam Kawasan Indoor
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kotor Dan Berkutu’ – Polis Berjaya Kesan Suspek Heret Anjing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Larangan Bawa Haiwan Peliharaan Ke Pusat Beli Belah Di Selangor Masih Kekal – Exco
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelanggan Bawa Anjing Ke Restoran Di Johor Bahru, Pekerja Didakwa Buat Tak Endah


