“Sampai sini kembang tekak” – Individu Tengah Syok Makan Sambil ‘Live’, Tiba-tiba Terjumpa Sesuatu…

Entertainment
9 Nov 2023 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membuat sesi live di media sosial kini bukan sahaja untuk para selebriti, ramai juga content creator atau individu yang menggunakan media sosial untuk perniagaan dengan menggunakan live sebagai salah satu cara untuk berinteraksi dengan pengikut atau prospek.

Terbaru, satu tangkap layar video live dimuat naik oleh pengguna TikTok @_gneraljoe memaparkan dia sedang khusyuk makan di sebuah kedai makan di kawasan Rehat & Rawat (RnR) sambil membuat live.

@_gneraljoe

Lokasi dirahsiakn , apapun jdikan ini sebagai pengajaran utk semua peniaga , semoga dmurahkan rezeki . #generaljoe

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Sedang dia menjamu selera, tiba-tiba dia mendapati ada satu bendasing dalam makanannya itu dan ia adalah seekor lipas.

“Lokasi dirahsiakan, apapun jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua peniaga, semoga dimurahkan rezeki,” tulisnya di kapsyen.

Dalam video tersebut, individu berkenaan dilihat meludahkan semula makanannya sebelum pergi ke kaunter gerai makanan tersebut untuk membuat aduan.

Dia bagaimanapun tidak memarahi atau membuat kecoh di lokasi terbabit sebaliknya hanya bercakap dengan peniaga itu, difahamkan dia mendapat makanan yang baru selepas mengadu berkenaan hal itu.

“Kembang tekak sampai sini!”

Video pendek itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, rata-rata netizen mual dengan insiden itu dan ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

image is not available

Allahu, harap tak jadi lah kat kita…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.