“Sampai tak terjawab” – [VIDEO] Pak Nil Tanya ‘Siapa Ira Kazar’, Ini Reaksi Syamsul Yusof…

Entertainment
5 Jul 2022 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih hangat diperkatakan hingga kini mengenai kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah yang dikaitkan dengan gangguan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Semenjak isu ini menjadi perbualan ramai, Syamsul dilihat mengelakkan diri daripada bertemu dengan wartawan untuk memberi apa-apa kenyataan berkenaan masalah perkahwinannya.

image is not available

Namun baru-baru ini, pengarah kepada filem box office Mat Kilau ini dilihat muncul dalam rancangan terbaru Pak Nil, ‘Hard to Heart’.

“Siapa Ira Kazar?”

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, dipaparkan selingan rancangan ‘Hard to Heart’ Pak Nil yang mana pengacara tersebut bertanyakan beberapa soalan kepada Syamsul Yusof.

Antara soalan yang ditanya Pak Nil ialah berkaitan hubungan Syamsul dengan isteri dan bapanya dan siapakah Ira Kazar yang sering disebut-sebut media itu.

Hubungan Sol dengan isteri dan anak-anak bagaimana? Masih tinggal sebumbung ke atau berbeza bumbung? Nak jawab ke?

“Ayah ada buat statement pasal sedihnya Datuk Yusof Haslam melihat ketidakbersamaan anak-anak dan cucu…

“Siapa Ira Kazar?” tanya Pak Nil bertubi-tubi.

Namun menerusi video tersebut, Syamsul dilihat tidak menjawab satu pun soalan daripada Pak Nil berkenaan hal tersebut.

“The silent was the answer”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa kurang senang dengan reaksi yang diberikan Syamsul. Pengarah itu juga seolah-olah dilihat tidak mahu menjawab langsung soalan yang diajukan Pak Nil berkenaan hal peribadinya.

Dalam pada itu, ramai yang berharap Syamsul kembali ke pangkal jalan dan hubungannya dengan isteri kembali pulih.

image is not available

Apa-apapun kita doakan yang buat Syamsul dan Puteri Sarah. Kesian dengan anak-anak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.