Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital

10 Oct 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 pelajar di Cilegon, wilayah Banten dibawa ke hospital selepas gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis semasa latihan simulasi pengendalian rusuhan masuk ke kawasan sekolah mereka, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku antara pukul 10 pagi (waktu tempatan) hingga 10.30 pagi di SMK Madinatul Hadid, baru-baru ini. 

Naib Pengetua SMK Madinatul Hadid, Farid Jami’in berkata, pihak sekolah pada awalnya tidak mengesyaki asap yang masuk ke kawasan mereka adalah gas pemedih mata. 

“Pada pukul 10 hingga 10.30 pagi, terdapat asap yang dibawa angin dari balai polis. Saya tidak tahu apa asap itu tetapi ia membuatkan saya pening,” kata Farid kepada pemberita. 

Selepas sebilangan pelajar mengadu kesakitan, pihak sekolah segera membawa mereka yang terkesan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon, AKB Imam Maryono mengesahkan gas pemedih mata itu dilepaskan semasa latihan simulasi demonstrasi yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Cilegon. 

“Seramai 19 pelajar terjejas dan dikejarkan ke beberapa kemudahan kesihatan,” katanya. 

Beliau turut memohon maaf dan mengesahkan pihaknya akan menanggung seluruh kos rawatan perubatan. – AGENSI

The post Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved