Samsung Akan Lancarkan Fon Telinga Dengan Rekaan Subang

TechnologyDigital
30 Jul 2026 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung juga akan melancarkan fon telinga dengan rekaan subang dalam masa terdekat selepas rekaannya tertiris menerusi aplikasi Samsung. Fon telinga ini mungkin menggunakan nama Samsung Galaxy Buds On dengan ia dipasang di cuping telinga apabila digunakan dengan bekas simpanan juga akan mempunyai bahagian penutup lutsinar.

Image from: Samsung Akan Lancarkan Fon Telinga Dengan Rekaan Subang

Galaxy Buds On adalah dari jenis terbuka tanpa putik silikon. Berdasarkan ilustrasi ini, ia mirip dengan rekaan Sennheiser Accentum Clip dan Huawei Free Clip 2 S. Samsung belum pernah menawarkan fon telinga dengan rekaan subang sebelum ini. Galaxy Buds On dijangka dilancarkan sekitar September serentak dengan pelancaran Galaxy S26 FE.

Image from: Samsung Akan Lancarkan Fon Telinga Dengan Rekaan Subang

Mereka sekadar mengikut trend pasaran dengan data Smart Analytics Global (SAG) menunjukkan fon telinga subang mencatatkan peningkatan jualan 87% pada Q1 2026 berbanding suku sama 2025. Terdapat permintaan untuk fon telinga ini dan Samsung akan menawarkannya kepada pengguna ekosistem mereka.

Sumber – Sammobile

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved