Samsung Akan Memadam Akaun Pada 31 Julai Jika Tidak Aktif Dua Tahun

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perhatian pengguna peranti Samsung kerana akaun akan akan dipadam pada 31 Julai ini sekiranya tidak aktif selama dua tahun. Akaun-akaun ini dipadam bagi menjaga privasi dan Samsung tidak boleh menyimpan data melebihi dua tahun. Akaun yang dipadam tidak boleh dikembalikan semula. Oleh itu jika anda masih ingin menyimpan data sedia ada, sila log masuk ke akaun sebelum 31 Julai.

image is not available

Akaun akan dikategorikan sebagai tidak aktif jika tiada aktiviti log masuk, melakukan pembelian atau sandaran data dilakukan dalam tempoh dua tahun. Antara data yang akan dipadam jika tidak lagi aktif ialah data pembelian aplikasi di Galaxy Store, data Samsung Health, sandaran data peranti dan tetapan telefon, tablet serta jam tangan pintar yang disimpan oleh akaun.