Samsung Bakal Perkenal Pemalam Untuk Google Gemini Dan Ciri Pemadan Audio AI

TechnologyDigital
10 Dec 2024 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penggunaan AI generatif kini semakin menarik selepas pelbagai pengeluar peranti mengintegrasikan ciri-ciri berguna terus pada peranti mereka. Terbaru, Samsung dilihat bakal hadir dengan sejumlah pemalam khas untuk Google Gemini.

image is not available

Berikut adalah senarai pemalam yang ditemui tersembunyi di dalam kod aplikasi Gemini pada peranti Android;

  • Samsung Clock:
    • Create/delete/find/update/show alarms
    • Start/stop/rest stopwatch
    • Create/delete/find/update/show timers
  • Samsung Notes:
    • Create/delete/find/update note folder
    • Create/delete/find/update/show notes
  • Samsung Reminder:
    • Create/delete/find/update/show task categories
    • Create/delete/find/update/show tasks
  • Samsung Calendar:
    • Create/delete/find/update/show events

Dengan sokongan ini, pengguna peranti Samsung tidak lagi terhad menggunakan Gemini bersama aplikasi oleh Google. Akan datang, hanya menyeru Hey Google pada peranti Samsung pengguna boleh terus mengawal dan menetapkan penggera, nota, peringatan dan kalendar dari aplikasi Samsung. Cuma ciri ini dikatakan akan tiba melalui Gemini dalam Android 16 akan datang.

image is not available

Bukan itu sahaja, Samsung turut dilihat cuba menawarkan ciri pemadam audio AI tersendiri seakan Audio Eraser pada Google Photos. Ciri ini besar kemungkinan akan disertakan dalam aplikasi galeri peranti Samsung di bawah Galaxy AI untuk memudahkan suntingan video dengan audio yang lebih jelas dan terang. Ciri ini mungkin tiba dalam One UI 7 selepas versi stabil diperkenalkan tahun hadapan.