Samsung dan BOE Menyelesaikan Kes Saman Skrin OLED Di Luar Mahkamah

TechnologyBusiness & Finance
21 Nov 2025 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Display menyaman BOE beberapa tahun lalu kerana mendakwa syarikat tersebut melanggar harta intelek teknologi skrin OLED. Kerana saman yang difailkan, peranti yang menggunakan skrin BOE berhadapan diharamkan jualannya di Amerika Syarikat.

image is not available

Menurut laporan Yonhap, kedua-dua syarikat bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah. Tiada maklumat apakah persetujuan antara kedua-dua syarikat tetapi besar kemungkinan BOE perlu membayar royalti ke atas penggunaan paten OLED Samsung yang didakwa telah dilanggar.

Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar untuk telefon pintar. Tetapi sejak kebelakangan ini peranti yang dikeluarkan di China mula menggunakan panel BOE kerana ianya lebih murah. Antara syarikat yang menggunakan panel BOE ialah Apple, Huawei, Vivo, OnePlus and Oppo.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved