Samsung Dijangka Perkenal Ciri Rumusan Notifikasi Dikuasakan Galaxy AI Melalui One UI 7

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 11:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini sedang dalam persediaan untuk memperkenalkan kemas kini One UI 7 untuk para pengguna peranti Samsung terpilih, dan dengan ledakan kecerdasan buatan, ciri Galaxy AI dijangka akan diberikan fokus. Salah satu ciri baharu yang dikatakan bakal diperkenalkan adalah ciri rumusan notifikasi.

image is not available

Dengan penawaran ini, pengguna boleh merumuskan pelbagai notifikasi yang diterima dengan sekali pandang, tanpa perlu membuka semua notifikasi yang hadir ke peranti mereka. Ini sekaligus menjimatkan masa, dan meningkatkan kadar produktiviti pengguna pada peranti.

Untuk makluman, ciri lebih kurang sama turut ditawarkan oleh Apple untuk pengguna iOS di bawah Apple Intelligence.

Buat masa ini, tarikh pengenalan rasmi One UI 7 masih tidak diketahui. Mengikut jangkaan ramai, Samsung dijangka berkongsi versi beta awal untuk OneUI 7 dalam beberapa minggu lagi – yang akan menyaksikan pelbagai ciri diumumkan bersama dengannya.