Minggu lalu bukan minggu yang baik untuk perniagaan TV Samsung selepas mereka mengumumkam penarikan diri daripada pasaran China. Kemudian semalam penyanyi pop terkemuka Dua Lipa memfailkan saman $15 juta ke atas Samsung kerana menggunakan gambar beliau pada kotak TV tanpa kebenaran ataupun bayaran sewajarnya.

Wajah Dua Lipa dapat dilihat pada sisi kotak TV yang dijual sejak tahun lalu. Pihak Dua Lipa mendakwa mereka meminta Samsung menghentikan penggunaan gambar penyanyi tersebut tetapi Samsung enggan mematuhi permintaan tersebut
Saman mendakwa Samsung mengaut keuntungan melalui gambaran seolah-olah Dua Lipa menyokong produk tersebut dan pada waktu yang sama gambar digunakan adalah milik Dua Lipa yang diambil pada tahun 2024.



