Samsung Galaxy Ring Dikatakan Tidak Boleh Dibaiki

TechnologyDigital
22 Aug 2024 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Ring adalah cincin pintar pertama dari jenama teknologi terkenal dunia. Ia ingin bersaing dengan Oura Ring, Ultrahuman Ring dan beberapa pengeluar cincin pintar lain yang sudah mula mendominasi pasaran dunia. Galaxy Ring adalah penjejak kesihatan seakan Xiaomi Smart Band yang tiada skrin dan hanya boleh digunakan bersama peranti Samsung. Cincin ini juga masih lagi satu eksperimen awal, untuk Samsung lihat sambutannya sebelum dijual secara meluas.

image is not available

Tahukah anda yang Galaxy Ring adalah antara peranti boleh pakai yang tidak boleh dibaiki, sama seperti Google Pixel Watch 3? iFixit, iaitu pakar membaiki gajet terkenal telah “membedah” Galaxy Ring untuk melihat komponen dalaman dan menentukan skor sama adakah ia mudah baiki ataupun tidak. Dalaman Galaxy Ring dikatakan direka untuk boleh dibaiki, namun rekaan keseluruhan dan bateri lithium-ion yang digunakan membuatkan cincin ini mustahil untuk dibaiki dan selepas rosak ia hanya akan menjadi satu sisa elektronik.

image is not available

Mungkin disebabkan itu Galaxy Ring masih tidak dijual di Malaysia. Jangka hayat penggunaan cincin ini agak singkat iaitu sekitar 400 kali pengecasan dan dijual pada harga agak tinggi. Sama-sama kita nantikan dan lihat adakah akan ada Galaxy Ring2 yang direka lebih baik dan tahan lebih lama.