Samsung Galaxy S25 Edge Diacah Dengan Tubuh Lebih Nipis

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 3:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S25 Ultra, S25+ dan S25, telah dilancarkan pagi ini dalam acara Unpacked yang berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat. Di penghujung acara, Samsung mengacah pula kewujudan peranti Samsung Galaxy S25 Edge dengan tubuh yang lebih nipis. Keseluruhan video acah adalah sekitar 30 saat sahaja maka tiada maklumat mengenai spesifikasi telah dikongsi.

image is not available

Tahun lalu Galaxy Ring diacah ketika pelancaran S24 sebelum ia dilancarkan serentak dengan Z Fold6 dan Z Flip6. Maka bolehkan diramalkan S25 Edge mungkin akan dilancarkan dengan Z Fold7 dan Z Flip7 pada penghujung Julai kelak. Sebelum ini kami laporkan “S25 Slim” akan mempunyai saiz skrin yang setanding dengan S25+ tetapi dengan tubuh yang lebih nipis.

image is not available

Maklumat yang tertiris sebelum ini, S25 Edge akan dilengkapi tiga kamera yang digunakan terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP yang lebih besar saiznya berbanding S25+. Namun dalam dua imej di atas serta peranti yang diperlihatkan di reruai majlis,S25 Edge hanya dilengkapi dua kamera di bahagian belakang. Kerana tubuh yang lebih nipis, bonggol kamera S25 Edge adalah lebih tinggi berbanding tiga lagi peranti di dalam siri S25.Misteri mengenai spesifikasi penuh peranti ini hanya akan terjawab apabila ia dilancarkan kelak.

image is not available