Samsung Mengesahkan Sedang Bangunkan Cermin Mata Pintar Dengan Google

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 9:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika acara Unpacked untuk siri Galaxy S25 pagi tadi, Samsung memberikan petunjuk mereka sedang membangunkan sepasang cermin mata pintar dan peranti skrin tri-lipat. Bloomberg pagi ini melaporkan Presiden MX di Samsung TM Roh mengesahkan Samsung sedang membangunkan sepasang cermin mata pintar dengan kerjasama Google.

image is not available

Maklumat yang diberikan hanyalah sekelumit dengan Roh tidak menyatakan bilakah ia akan dipasarkan kepada umum. Yang disahkan ialah ia akan menggunakan sistem operasi Android XR. Ini ialah sistem operasi yang digunakan juga pada set kepala XR Project Moohan yang diumumkan sebelum ini.

Selepas melihat apa yang dilakukan oleh Meta dan Ray-Ban, ramalan kami ialah cermin mata Galaxy akan dilengkapi kamera yang membolehkan ia memahami apa yang sedang dipandang dibantu oleh kemampuan pemahaman multimodal kecerdasan buatan (AI) Google Project Astra. Samsung tidak pernah menawarkan cermin mata pintar seperti pesaing mereka Oppo dan Huawei. Tetapi dengan kepakaran Google, kita mungkin akhirnya akan dapat melihat sepasang Google Glass generasi baharu.