Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition dengan stailus krayon hanya RM799

Digital
5 Apr 2024 • 10:51 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung memperkenalkan Galaxy Tab A9 Kids Edition yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik serta fungsi kawalan ibu bapa. Ia cara terbaik untuk memastikan anak anda belajar dan bermain dengan selamat.

Harga Galaxy Tab A9 Kids Edition

image is not available

Tablet Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition boleh dibeli menerusi laman web Samsung Malaysia pada harga RM799

Setiap pembelian tablet ini didatangkan bersama aksesori mesra kanak-kanak bernilai RM300 seperti:

  • Sarung Puffy Kids
  • Stailus krayon
  • Pelekat comel
  • Pengecas 15W

Untuk aksesori mesra kanak-kanak itu, hanya ditawarkan untuk pembelian dari 1 hingga 30 April sahaja.

Spesifikasi Galaxy Tab A9 Kids Edition

image is not available

Dari segi perkakasan, Galaxy Tab A9 Kids Edition menggunakan spesifikasi yang sama dengan model standard. Ini bermakna ia dilengkapi dengan skrin LCD 8.7-inci dengan resolusi 1340x800p dan dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 untuk prestasi lancar. 

Tablet ini juga ada kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 2MP, speaker stereo dan audio jek 3.5mm. Tablet keluaran Samsung itu boleh disambungkan dengan 4G LTE, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.3. Kapasiti bateri 5,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W.

image is not available

Keistimewaan Galaxy Tab A9 Kids Edition terletak pada aplikasi Samsung Kids, yang memberikan kawalan sepenuhnya untuk ibu bapa. Ia membolehkan anda cipta profil individu untuk anak, membuat tetapan seperti had masa skrin, pilih aplikasi yang boleh diakses dan pantau aktiviti anak dalam talian.

image is not available

Aplikasi Samsung Kids mempunyai pelayar web yang membolehkan anak meneroka laman web dengan selamat, dengan kandungan disaring bersesuaian dengan umur dan kebenaran ibu bapa. 

Terdapat juga gedung aplikasi khas dipenuhi dengan permainan menarik serta cerita pendidikan untuk mencetuskan kreativiti dan rasa ingin tahu anak. Anda boleh menyesuaikan pemilihan aplikasi kepada minat anak, menjadikan pembelajaran sebagai pengembaraan yang menyeronokkan.

Pada yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition yang berharga RM799 ini, anda boleh membelinya terus di laman web Samsung Malaysia.

Bacaan berkaitan: