Super HDR Tidak Akan Disokong Pada Peranti Samsung Galaxy Yang Lain

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Super HDR adalah ciri eksklusif pada peranti Samsung Galaxy S24 untuk paparan imej yang lebih cantik, lebih terang dan penuh dengan butiran. Ia dibangunkan berasaskan Ultra HDR oleh Google yang sedia ditawarkan pada peranti Pixel. Sokongan Super HDR turut disokong pada Instagram untuk gambar dan video.

image is not available

Sokongan Super HDR adalah sama sahaja dengan Ultra HDR di mana skrin peranti yang menyokong HDR boleh memaparkannya jika dibenarkan pengeluar. Terbaru Samsung telah mengesahkan yang Super HDR tidak akan disokong pada peranti Galaksi yang lain dan hanya terhad kepada Galaxy S24 sahaja.

image is not available

Jika anda tertanya apakah perbezaan antara HDR biasa dan Super/Ultra HDR, HDR biasa tidak akan mencerahkan lagi skrin. Sementara Super/Ultra HDR boleh mencerahkan sebahagian skrin untuk hasil yang lebih cantik dan menakjubkan. Agak aneh kenapa peranti Galaksi lain tidak disokong jika alasan adalah cip dan teknologi skrin yang digunakan. Ini kerana Nothing Phone (2a) sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip dan skrin yang lebih lemah berbanding Galaxy S24 boleh menyokong Ultra HDR.