Dokumen Intel Mendedahkan Model-Model Cip Pemprosesan Akan Datang Mereka

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan terbaru Panther Lake mereka sekitar penghujung tahun ini. Dalam pada itu, kita juga tahu bahawa Intel sedang dalam proses untuk membangunkan siri cip pemprosesan Bartlett Lake yang hanya hadir dengan teras prestasi.

Terkini, dokumen produk akan datang Intel telah diterbitkan secara silap, dan memperlihatkan model-model produk cip pemprosesan yang akan diperlihatkan di masa hadapan, seperti Nova Lake-S dan Nova Lake U, Bartlett Lake-S dengan 12 teras prestasi, dan sebuah lagi siri cip pemprosesan, Wildcat Lake yang belum diperlihatkan lagi.

image is not available

Laporan-laporan lain juga telah mengatakan bahawa walaupun dokumen ini diterbitkan oleh Intel sendiri (dan telah ditarik balik), ia bukanlah pengesahan daripada Intel bahawa projek-projek ini adalah rasmi. Menurut Intel, sejumlah daripada produk-produk tersebut masih belum dimasukkan dalam laporan Plan of Record, yang akan menjadikan projek-projek ini rasmi.

image is not available

Buat masa ini, hanya Panther Lake dan Nova Lake disahkan akan tiba untuk pengeluaran, manakala produk-produk lain masih boleh memperlihatkan penukaran nama dan spesifikasi produk di masa akan datang.

Intel akan kembali mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri bermula dengan cip Panther Lake, yang menggunakan proses 18A setelah dua generasi CPU dikilangkan oleh TSMC sebelum ini. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Panther Lake akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, dan pengeluaran besar-besaran akan tiba pada awal tahun hadapan.

  • InstLatX64 1, 2