오해 하지마 (ohae hajima) atau maksudnya jangan salah faham tidak akan berlaku jika anda menggunakan Samsung Galaxy Z Fold6. Kenapa? Sebab Call Assist. Dengan fon katup generasi baharu ini, anda boleh melakukan panggilan telefon atau menjawab dengan 16 bahasa berbeza yang mempunyai 23 lokaliti.

Kalau anda ingin tahu dan kerap tertanya-tanya, “Aik? Macam mana tengah call-call boleh terus terjemah?” – jawapannya ringkas sahaja. Perkara ini dibolehkan kerana Samsung telah menemui formula terbaik untuk memastikan teknologi AI generatif berguna untuk pengguna peranti mereka. Dalam Call Assist terdapat ciri Live Translation yang memerlukan pengguna memuat turun pek suara dan model bahasa terus ke dalam peranti.

Samsung Galaxy Z Fold6 adalah sebuah peranti dengan skrin berkualiti bersaiz besar apabila dibuka. Jadi ia akan memudahkan anda untuk membaca semua transkripsi yang telah diterjemah. Ia juga boleh digunakan dengan skrin luar dan tidak kira anda menggunakan ganggang telefon atau mod pembesar suara – Call Assist masih boleh beroperasi.

Menggunakan Call Assist pada Galaxy Z Fold6 adalah sangat menarik. Memang benar pun, peranti yang buka jadi tablet dan tutup menjadi telefon ini ramai menggunakannya untuk kerja. Semua tugasan produktiviti, suntingan dokumen, suntingan gambar atau video semuanya boleh dilakukan pada peranti ini. Jadi adakah ini bermakna Galaxy Z Fold6 ini hanya untuk penggunaan yang serius? Call Assist pun hanya untuk kerja sahaja? Semestinya bukan, kerana jika anda memiliki peranti ini semuanya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.

Misalnya, kalau sudah penat kerja dan ingin berehat – anda boleh gunakan Call Assist untuk menelefon orang tersayang, ahli keluarga, atau kawan-kawan untuk mengusik mereka atau bergurau. Semasa melakukan panggilan telefon, tekan Call Assist dan tekan Live Translation, pilih bahasa yang anda ingin cakapkan, penerima panggilan tadi akan mendengar suara AI bercakap dengan mereka ke bahasa asing. Anda turut boleh pilih sama ada ingin mereka mendengar suara anda atau hanya suara AI.

Ouh, Samsung tidak berhenti di situ sahaja. Penggunaan Call Assist ini seakan pentafsir peribadi anda kerana di mana anda pergi ia akan ada. Call Assist turut disokong pada aplikasi pemesejan pihak ketiga seperti WhatsApp. Ketika panggilan suara dilakukan, anda boleh akses talam notifikasi dan tekan ikon Live Translation untuk tetingkap khas penterjemahan dipaparkan.

Tidak kira untuk bercuti, bekerja atau untuk penggunaan santai Call Assist pasti adalah ciri yang sangat berguna pada Samsung Galaxy Z Fold6. Kalau anda telah bersedia untuk mengubah hidup anda dengan peranti yang memastikan semua tugasan produktiviti lebih mudah, anda boleh dapatkan Galaxy Z Fold6 pada harga bermula RM7,299.

Untuk meyakinkan anda membeli Galaxy Z Fold6 dengan Chat Assist dan Live Translate ini, kunjungi ke Samsung Experience Store hari ini. Dengan tawaran tukar-beli anda berpeluang menerima rebat sehingga RM700, kemudian menerima baucar eksklusif RM500 serta diskaun sehingga 25% untuk pelbagai aksesori.

*Penafian, ini adalah advertorial dari Samsung.

