Selepas Samsung Galaxy S25 Edge dilancarkan minggu lalu, ramai yang mengecam peranti nipis ini sekadar dilengkapi bateri 3900 mAh yang kecil untuk 2025. Hujung minggu lalu, saiz bateri iPhone 17 Air pula tertiris dan ia hanya sebesar 2800 mAh. Ini menimbulkan keraguan kemampuan telefon nipis Apple ini untuk bertahan sepanjang hari. Di bawah ialah jadual kapasiti bateri semua model iPhone 16 yang telah dilancarkan.
Model Saiz Bateri Perbezaan dengan Pro Max (%) iPhone 16 Pro Max 4685 mAh 0 iPhone 16 Pro 3582 mAh -23.5% iPhone 16 Plus 4674 mAh -0.23% iPhone 16 3561 mAh -23.9% iPhone 16e 3,961 mAh -15.,5% iPhone 17 Air 2800 mAh -40.2%
Ini bersamaan pengurangan -40.2% berbanding kapasiti bater iPhone 16 Pro Max. Tetapi iPhone 17 Air dipercayai akan dilengkapi skrin 6.7″ maka ia lebih serasi dibandingkan dengan iPhone 16 Plus dengan saiz skrin sama. Perbezaan kapasiti bateri kedua-dua peranti ialah 40.1% yang masih lagi sangat besar.
Tetapi pada waktu yang sama iPhone 17 Air dikatakan hanya setebal 5.5mm dan seberat 145 gram. Ini adalah lebih nipis berbanding Galaxy S25 Edge setebal 5.8mm dan seberat 163 gram. Pada waktu ini kesemua ini masih lagi ura-ura tetapi jika benar iPhone 17 Air pasti akan mempunyai isu bateri yang menguatkan ura-ura Apple akan menawarkan semula kerangka Smart Battery Case yang telah dihentikan.

