Samsung Ialah Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Pada Tahun 2024

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita sudah tiba ke bulan Januari 2025 dan Counterpoint telah menerbitkan laporan mengatakan Samsung ialah pengeluar telefon pintar nombor satu dunia sepanjang 2024. Mereka memegang 19% pasaran telefon pintar global diikuti oleh Apple (18%), Xiaomi (14%), Oppo (8%) dan Vivo (8%). Sepanjang tahun lalu juga, pengeluaran telefon pintar meningkat 4% berbanding 2023.

image is not available

Secara keseluruhan Samsung sekadar mencatatkan peningkatan pengeluaran sebanyak 1% berbanding 2023. Xiaomi mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 12% diikuti oleh Vivo dengan 9%. Oppo yang paling banyak terjejas dengan penyusutan pengeluaran -8% dan Apple pula -2%.

Sebelum ini telahpun dilaporkan jualan iPhone di China mula menyusut sehingga memaksa pengurangan harga bagi menarik minat pembeli. Ini didorong oleh semangat patriotisme rakyat yang memilih untuk menggunakan jenama tempatan seperti Xiaomi, Honor dan Huawei.