Samsung melalui Galaxy S26, sedia menawarkan sokongan Galaxy AI, integrasi Gemini, dan juga integrasi Perplexity. Tidak setakat itu, kini pihak Samsung mengatakan terbuka untuk bekerjasama dengan lebih banyak pembangun model kecerdasan buatan, dan mengintegrasikannya pada telefon mereka.

Dengan langkah ini, ia juga dijangka akan memberikan lebih pilihan dan kebebasan kepada pengguna dalam menggunakan sesuatu model AI pada telefon keluaran Samsung.
Penawaran ini turut dijangka memposisikan Samsung dihadapan berbanding pelbagai pengeluar lain. Pelbagai pengeluar dari China dilihat masih belum bekerjasama dengan pembangun AI yang lain. Sementara Apple pula dilihat menghadapi pelbagai cabaran teknikal, dan baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Google dalam pembangunan model kecerdasan buatan.
Pada masa yang sama, OpenAI turut dikatakan sedang pertimbang untuk membangunkan produk mereka tersendiri, dan mungkin hadir dengan penawaran tersendiri seawal tahun 2026 ini. Dengan pelbagai perkembangan ini, ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana pengeluar peranti sedia ada di pasaran seperti Samsung dan lain-lain terus kekal menerajui pasaran dan tidak terkesan dengan pesaing kategori baru.
