Samsung Kurangkan Kos Peranti Menggunakan Komponen Keluaran China

LocalTechnology
3 Apr 2026 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga telefon pintar tahun ini akan naik mendadak kerana kekurangan cip RAM dan storan dengan jari kesalahan boleh ditunding ke pusat data kecerdasan buatan (AI). Harga sir Galaxy A dan Galaxy X di Malaysia meningkatkan antara RM500-600 sebuah berbanding model tahun lalu. Media Korea DealSite melaporkan ini selepas Samsung sudah mengurangkan kos pengeluaran menerusi penggunaan komponen buatan China.

image is not available

Antara yang telah dilakukan ialah menggunakan skrin OLED keluaran CSOT dan bukannya Samsung Display pada peranti kelas pertengahan seperti A57. Sensor kamera ultra lebar Galaxy S pula mula menggunakan sensor keluaran Sunny Optical. Sementara itu engsel untuk siri Galaxy Z akan dikilangkan oleh KH Vatec yang sekali lagi adalah syarikat China.

China tidak lagi dilihat sebagai negara yang mengeluarkan komponen tidak berkualiti dan sebaliknya menawarkan ciri setanding pada kos lebih rendah. Ini dapat dilihat sendiri dengan Sony menggunakan OEM China untuk peranti Xperia dan menubuhkan entiti baharu bersama TCL untuk mengeluarkan TV Bravia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved