Majoriti penggunaan kuasa pada telefon pintar ialah berpunca daripada skrin. Panel OLED yang digunakan sekarang lebih bijak dalam mengurangkan penggunaan bateri berbanding LCD tetapi masih tidak memadai untuk membolehkan telefon berfungsi lebih sehari pada penggunaan berat. Oleh itu Samsung telah membangunkan panel OLED baharu yang mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 50% berbanding panel OLED semasa.

Menerusi panel baharu ini, peranti dapat digunakan sekurang-kurangnya sehari sebelum perlu dicas semula. Dengan panel yang lebih cekap menggunakan kuasa, peranti dengan kapasiti bateri yang sama dapat beroperasi lebih lama. Kita sudah mencapai had atas teknologi bateri yang memerlukan cara lain hayat bater dipanjangkan selain menggunakan cip pemproses yang juga mengurangkan penggunaan kuasa.
Samsung tidak menyatakan bilakah panel baharu ini akan mula digunakan pada peranti keluaran mereka. Tetapi apabila ia mula ditawarkan kelak, isu sedikit sebanyak akan mengurangkan isu mengapa mereka masih enggan menawarkan pengecasan yang lebih pantas sebaliknya memberikan tumpuan kepada penjimatan penggunaan kuasa.
