Samsung kini mengumumkan perluasan OneUI 8 Beta berasaskan Android 16 untuk lebih banyak peranti, selain peranti Galaxy Z Fold7 dan Flip7 yang dilancarkan bersama-sama dengannya. Sebelum ini juga, versi beta untuk OneUI 8 ini telah ditawarkan untuk siri Galaxy S25.

Berkongsi mengenainya, Samsung mengatakan OneUI 8 Beta akan diperluaskan kepada siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 di beberapa buah negara bermula bulan ini. Seterusnya pada September kelak, ia akan diperluaskan siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5, Z Flip5, Galaxy A36, Galaxy A55, Galaxy A35, dan Galaxy A54.
Samsung turut mengatakan mereka akan mula menawarkan kemaskini stabil OneUI 8 kepada siri Galaxy S25 bermula September, dan diperluaskan ke peranti lain secara berperingkat selepas itu. Untuk OneUI 8 Watch pula, sejumlah model Galaxy Watch akan mula menerimanya kelak pada tahun ini.


